Syarat & Peraturan

PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN MAAHAD MIFTAHIL JANNAH (MMJ)

IBUBAPA / PENJAGA

     Yuran bulanan hendaklah dijelaskan sebelum 2 haribulan pada setiap bulan. Pihak pengurusan Pusat Pengajian Al-Quran (MMJ) berhak menamatkan pembelajaran pelajar berkenaan sekiranya yuran bulanan pelajar gagal dijelaskan untuk tempoh dua (2) bulan berturut-turut.

           Sekiranya pelajar tidak hadir ke kelas atas alasan sakit atau lain-lain sebab, pelajar akan dianggap tidak hadir pada hari yang berkenaan. Yuran bulanan masih perlu dijelaskan sepenuhnya .Bagi pelajar yang tidak hadir lebih dari tiga (3) bulan berturut-turut , bayaran pendaftaran perlu dibuat semula sekiranya pelajar tersebut ingin menyambung semula pembelajaran.

          Pusat Pengajian Al-Quran (MMJ)  akan ditutup pada setiap cuti umum dan tiada kelas gantian atau rebet akan dibuat sekiranya ada jadual yang jatuh pada hari cuti umum tersebut.

         Ibubapa/ penjaga perlu memastikan pelajar hadir ke Pusat Pengajian Al-Quran (MMJ) mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sebarang perubahan (jika ada) akan dimaklumkan secara bertulis atau melalui panggilan telefon.

   Untuk keselamatan pelajar, pihak pengurusan Pusat Pengajian Al-Quran (MMJ) untuk tidak melepaskan pelajar pulang sekiranya terdapat keraguan tentang orang yang menjemput pelajar berkenaan. Oleh itu, ibubapa/penjaga perlulah memaklumkan kepada Pusat Pengajian Al-Quran MMJ sekiranya ibubapa/penjaga menghantar wakil mereka untuk menjemput anak mereka.

 Ibubapa/penjaga hendaklah memaklumkan kepada pihak Pusat Pengajian Al-Quran (MMJ) dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan alamat atau nombor telefon untuk memudahkan perhubungan.

PELAJAR

Pelajar perlu sentiasa mematuhi syarat-syarat berikut :

     Sentiasa berpakaian kemas dan sopan dan menutup aurat  semasa hadir ke kelas.     

     Perempuan : Baju Kurung atau Jubah serta bertudung

       Pelajar perempuan juga perlu membawa telekung untuk solat zohor dan Asar.
     
  Perlu hadir sekurang-kurangnya lima (5) minit sebelum kelas bermula.

  Membawa alat tulis, buku, nota dan kelengkapan lain dengan secukupnya

 Dilarang sama sekali berlari, bermain dan membuat bising di dalam pusat pengajian Al - Quran 

 Tidak makan dan minum di dalam pusat pengajian Al-Quran.

 Tidak memakai barangan perhiasan yang berlebihan.
   
Penggunaan telefon bimbit didalam pusat pengajian  Al-Quran adalah dilarang sama sekali.


No comments:

Post a Comment

SAYA NAK JADI ANAK SOLEH!!!

SAYA NAK JADI ANAK SOLEH!!!