Sunday 17 February 2013

Pusat Pengajian Al-Quran


Maahad Miftahil Jannah menyediakan kelas pengajian  bacaan al-Quran untuk dewasa dan kanak-kanak. Pelajar akan dibimbing oleh guru-guru al-Quran yang terlatih dan membimbing bacaan mengikut hukum Tajwid.

Penekanan hukum Tajwid dalam mempelajari al-Quran merupakan keperluan penting dalam bacaan al-Quran yang betul. Guru al-Quran sentiasa mengawasi bacaan pelajar agar mematuhi hukum Tajwid ini.



PENTINGNYA MEMPELAJARI AL-QURAN

Hukum mempelajari ilmuTajwid adalah fardu kifayah, manakala mengamalkannya yakni membaca al-Quran dengan bertajwid adalah fardu ain bagi setiap Muslimin dan Muslimat yang mukalaf.

Manusia yang terbaik ialah yang belajar dan mengajar al-Quran.

Dari Uthman bin Affan radhiAllahu anhu katanya Rasulullah sallAllahu alaihi wasallam bersabda:
“Sebaik-baiknya engkau semua ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.”
(HR al-Bukhari)

Al-Quran akan memberikan pertolongan pada Hari Kiamat.

Dari Abu Umamah radhiAllahu anhu katanya: “Saya mendengar Rasulullah sallAllahu alaihi wasallam bersabda:”

“Bacalah olehmu semua akan al-Quran itu, sebab al-Quran itu akan datang pada Hari Kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan syafaat (pertolongan) kepada orang-orang yang memilikinya (mengamalkannya).”
(HR Muslim)

Ganjaran buat orang-orang yang lancar dan tidak lancar membaca al-Quran.

Dari Aisyah radhiAllahu anha, katanya Rasulullah sallAllahu alaihi wasallam bersabda:
“Orang yang membaca al-Quran dan ia sudah mahir dengan bacaannya itu, maka ia adalah beserta para malaikat utusan Allah yang mulia lagi sangat taat. Sedang orang yang membaca al-Quran dan ia berasa susah dalam bacaannya tidak lancar tetapi ia selalu berusaha, maka untuknya dua pahala.”
(Muttafaq alaih) 

Wednesday 13 February 2013

Maahad Miftahil Jannah


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah S.W.T dan selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga serta sahabat-sahabat baginda sekalian.

Sejak kebelakangan ini kita dapat saksikan gejala maksiat yang semakin berleluasa dari hari ke hari, aqidah umat Islam semakin rapuh sehingga ada yang sanggup murtad, sanggup menghina Al-Quran dan mencaci Allah S.W.T. Kepincangan rumah tangga semakin menjadi parah. Riba dan rasuah pula sudah menjadi kebiasaan, sifat egois dan sombong  semakin menjadi-jadi di akhir ini sehingga timbul sifat dengki, khianat dan berlakunya jenayah di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Gejala-gejala berikut berlaku disebabkan asas atau tunjang ilmu agama seperti Al-Quran , Tauhid, Feqah dan Tasawuf sudah diabaikan oleh masyarakat masa kini, ilmu-ilmu tersebut sudah dianggap tidak penting lagi kerana difikirkan tiada membawa kepada kemajuan dan kekayaan. Nilai-nilai ilmu telah dipertekankan oleh Rasulullah S.A.W kepada Sahabat-Sahabat Baginda seperti yang tersebut di dalam hadis yang mashur yang telah diriwayatkan oleh Saidina Omar Al-Khattab R.A Kemunculan Jibrail dan bertanya kepada Rasulullah s.a.w berkenaan tiga perkara iaitu :

Islam
Iman
Ihsan

Ianya memberi gambaran  yang jelas kepada kita semua betapa pentingnya ilmu-ilmu yang telah dinyatakan di atas tadi kerana untuk memahami dan mengamalkan kesemua perkara yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w iaitu Islam, Iman dan Ihsan mestilah mengetahui ilmu-ilmu ini :

Feqah
Tauhid 
Tasauf

Oleh itu, dengan terwujudnya Maahad Miftahil Jannah ini sedikit sebanyak dapat membimbing remaja kearah kecemerlangan Akhlaq & Akademik danberlandaskan Quran & Sunnah. Ini juga merupakan salah satu cabang dakwah demi menjaga dan memelihara Kesucian Islam & Al-Quran.

InsyaAllah generasi Miftahil Jannah yang dilahirkan nanti merupakan para pendakwah Rabbani, yang tidak pernah lelah menyebarkan dakwah demi perjuangan Islam.

"Menjana Kemajuan Ummah"

"Pendidikan Kunci Syurga"

SAYA NAK JADI ANAK SOLEH!!!

SAYA NAK JADI ANAK SOLEH!!!